Sudah Sebulan Axia Masuk Bengkel.

Petang semalam dapat panggilan dari Pusat Servis Perodua Mentakab yang mana mereka maklumkan enjin baharu untuk digantikan dengan enjin lama yang bermasalah telahpun tiba dan mereka minta aku hadirkan diri untuk tandatangan dokumen. Aku maklumkan hari ini baru dapat ke tempat mereka untuk berbuat demikian, maka pagi tadi sebaik sahaja mereka buka kedai aku pun sampai.


Dokumen yang perlukan tandatangan tersebut ialah dokumen pertukaran maklumat nombor enjin. Mereka akan bawa dokumen tersebut ke JPJ Kuantan untuk urusan lanjut sebelum urusan pemasangan enjin tersebut dapat dimulakan. Dari apa yang dimaklumkan mereka perlu masa sekitar seminggu lagi untuk proses pemasangan dan baik pulih.

Aku harap sangat masalah yang dikesan benar-benar akan hilang sebaik sahaja pemasangan enjin baru dibuat. Baru nak masuk tahun ke-3 usia kereta Axia ini sudah menampakkan masalah besar, nasib baiklah masih dalam tempoh waranti. Jika dah habis waranti pun kalau mereka tak layan masalah aku memang aku terus laporkan pada HQ mereka sahaja seperti pernah aku buat pada masalah sebelum ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. yanmie says:

    Kereta yan pun dah sebulan juga kot kat bengkel, duk guna kereta abang ni -..-“

  1. 17/06/2017

    […] akhirnya pagi tadi dapat panggilan yang dinantikan selama 3 bulan iaitu “Encik, kereta Axia sudah siap”. Lega rasanya dah dapat semula kereta yang masuk […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *