Dari Temerloh Mencari Dobi Di Jerantut.

Sejak petang Khamis lagi bekalan air di Temerloh dan Mentakab sudah mula diputuskan, ya memang sengaja diputuskan sebab nak buat sambungan paip bawah tanah yang agak besar. Jumlah pengguna terlibat juga agak besar hampir 40k. Memandangkan pakaian kotor sudah mula menimbun maka nak tak nak kena juga basuh, pilihan yang ada mencari dobi layan diri di Jerantut.



Nasib baik waktu kami sampai pelanggan tak ramai dan ada mesin basuh yang masih kosong lagi. Tuan punya dobi pun ada tengah buat penyelenggaraan beberapa perkara, ramah juga tokey tu memberi tunjuk ajar dan cadangan penggunaan.

Bila pakaian dah siap basuh senang sikit hati bila balik rumah, selebihnya menanti dengan sabar ketibaan air yang dinanti-nantikan.

Benarlah kata orang biar takde elektrik jangan takde air, seksanya Allah sahaja yang tahu.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Betul.. Biar takda eletrik daripada takda air. Nak ‘membuang’ pun susah. Haha

  2. titan says:

    Yap.

    Sebab api dan air tu keperluan asas.

    Elektrik bukan.

    Hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *