3 Bulan Pakai Kereta Pinjam, Terima Kasih Perodua.

Alhamdulillah, akhirnya pagi tadi dapat panggilan yang dinantikan selama 3 bulan iaitu “Encik, kereta Axia sudah siap”. Lega rasanya dah dapat semula kereta yang masuk bengkel untuk pemulihan akibat daripada masalah komponen pada enjin. Sepatutnya minggu lepas lagi dah boleh dapat kereta tapi selepas buat pemeriksaan akhir pihak Pusat Servis Perodua Mentakab jumpa bunyi seperti masalah timing chain pula, maka tangguhlah lagi penyerahan kereta.

Tadi pihak mereka dah maklumkan yang bunyi seperti timing chain itu sebenarnya masalah yang berpunca dari aircond compressor (betulkan ejaannya ini?). Penyelesaian masalah tersebut ialah tukar compressor baharu kerana masih dalam tempoh waranti.

Tadi aku ronda-ronda dulu sebelum bawa kereta Axia tu balik sebab nak tengok masalah apa lagi yang ada. Ternyata setakat beberapa minit pemanduan tadi tiada bunyi pelik dah tapi hanya sedikit alligment lari dan mereka segera set semula.

Syukurlah semuanya sudah selesai dan diharapkan tiada lagi masalah selepas ini. Ini pertama kali merasa pakai kereta baharu keluaran Perodua yang bermasalah.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. reezluv says:

    macam banyak plak masalah Axia ni ye..hurmm

    • Ejam Othman says:

      Banyak masalah satu hal, terlebih manja pun yer juga. Tak boleh tambah apa2 yg melibatkan wiring sebab berpotensi untuk mengakibatkan kereta terbakar. Banyak kes axia terbakar punca dari modifikasi pendawaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *