Tilam Kekabu Saiz Besar.

Memandangkan ahli keluarga akan bertambah hujung tahun nanti, InsyaAllah maka kenalah ubah mana yang patut termasuklah ahli-ahli di bilik tidur. Sebelum ini Daris Aqil masih lagi tidur bersama Papa dan Mamanya di atas katil manakala abang Haq sudah tidur seorang di atas tilamnya sendiri walaupun masih lagi sebilik tapi kira oklah sudah asing tempat tidur.

Order tilam kekabu saiz queen punya untuk Haq dan Aqil supaya boleh muat tidur bersama. Mamanya beli online maka beginilah rupanya bila dihantar pihak kurier, penuh bonet Alza.

Waktu buka bungkusan tilam ini bukan main lagi teruja dua beradik ini sebab dapat benda baru tapi Daris Aqil macam biasalah drama dia tidak boleh terima hakikat nak kena tidur bawah dengan abangnya. Beberapa malam jugalah aku kena baring sebelah dan gosokkan belakang dia sampai lena baru boleh naik ke atas katil. Ada juga aku buat keras tak layan permintaan dia untuk tidur sebelah dan akhirnya lena sendiri, kena juga buat begitu sebab nak ajar agar boleh tidur sendiri.

Saiz dan ketebalan tilam sesuailah untuk anak-anak, nak mengemas pun tidak sakit pinggang sangat nak angkat sebab boleh dilipat dua sebelum dicampakkan atas katil…hehe. Bila Haq dan Aqil sudah ada tilam sendiri maka cadar kalis air kenalah berpindah lokasi, sarung dulu di tilam mereka barulah lapik dengan cadar tilam. Oh ya harganya RM160.00 dan penjual bagi penghantaran percuma lagi katanya ada promosi.

Semoga anak-anak Papa dan Mama akan lebih pandai berdikari lepas ini dan tidak banyak ragam serta kurang-kurangkan drama swasta yang boleh buat tarzan menjerit….gitu.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anarm says:

    Wahh.. Best la dapat tidur tilam baru. Kekabu. Saiz besar pulak tu. Rasa macam nak beli jugak.

    • Ejam Othman says:

      Sedap golek-golek secara bebas, kalau nak tidur siang di hari minggu pun tarik tilam mereka ini bentangkan di ruang tamu boleh tumpang landing sama…hehe

  2. tebalnya tilam tu.. best ni.

  3. Farah Alina says:

    Hari tu Farah nak beli tilam ni tapi tak jadi. Huhu. Menyesal pula.

    Puan, cadar kalis air nak beli kat mana ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *