23 November Lahirnya Putera Ketiga.

Walaupun seakan sudah terlambat untuk menulis pasal kelahiran putera kami yang ketiga ini aku tetap nak juga coretkan sedikit ceritanya di blog untuk kenangan. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Kuasa atas pengalaman menyambut cahaya mata ketiga ini dengan cerita yang berbeza dari abang-abangnya sebelum ini. Pertama kali isteriku terpaksa menjalani czer kerana pada usia baby 38 minggu kedudukan masih lagi songsang dengan punggung di bawah dan kepala di sebelah kanan.

Doktor ada bagi cadangan untuk cuba kelahiran dengan cara normal jika mahu tapi berisiko, ya czer juga ada risikonya tapi kita cubalah kurangkan kadar risiko itu demi nyawa baby dan ibunya. Tarikh 22 November 2017 disenaraikan untuk pembedahan namun tidak dapat dilakukan kerana bilik pembedahan terlalu sibuk dengan pelbagai kes maka tarikh 23 November diberikan.

Alhamdulillah kelahiran baby berjalan lancar dan keadaan baby juga sempurna dan sihat. Bila nurse bagitau dapat baby boy maka terimalah dengan hati terbuka sebab itulah rezeki buat kami walaupun hajat ingin memiliki seorang puteri selepas ada 2 putera tapi itu semua aturan-Nya.

Waktu lawatan abang-abang baby bersama Tokma dan Tokbah serta Mak Saudara mereka datang nak tengok baby. Syukur ada keluarga yang banyak membantu baik sokongan moral mahupun sokongan lainnya. Sepanjang isteriku berada di wad sebelum, ketika dan selepas kelahiran memang aku kurang masa dengan anak-anak sebab kena berada di hospital Tanah Merah yang agak jauh dari rumah mertua. Walaupun kurang masa dengan mereka aku tidak abaikan, bila dah sampai rumah aku cuba sebaik mungkin selesaikan urusan yang patut seperti mandi dan siapkan anak-anak serta pastikan mereka disuapkan makan.

Kelahiran anak ketiga ini penuh cerita dihujungnya sebelum melihat dunia namun sepanjang dalam kandungan dia sangat baik tidak membebankan Mamanya. Syukur Alhamdulillah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *