Kasut BATA Juga Tahun Ini.

Januari dah nak habis untuk tahun 2018 barulah berjaya pujuk hati untuk beli kasut kerja yang baru, itu pun sebab kasut yang 2 tahun lepas sudah pecah tapak kasutnya. Sebelum ini pun sarung kasut BATA juga dan tahun ini sekali lagi BATA juga jadi pilihan sebab murah dan tahan lama.

Murah tu tak murah mana tapi aku cari paling murah di kedai online BATA sesuai dengan bajet ciput aku. Kali ini warna coklat gelap pula jadi pilihan.

Memandangkan potongan kasut ini agak runcing di bahagian hadapan maka tidak salahlah aku pilih saiz 9 walaupun biasanya kasut aku saiz 8 sahaja.

Apabila dapat kasut ini memang lebihan saiz itu penting supaya kaki aku yang kembang mekar ini tidak tersepit bila sarung kasut ini.

Kasut baru memang nampak cantik tapi makan masa juga nak bagi selesa di kaki, biasanya kalau dah beberapa bulan barulah boleh rasa apabila sudah kembang bahagian tepinya.

Semoga lamalah hayat kasut ini dalam memberi khidmat bakti.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Home Tuition says:

    Tahniah tn sebab sanggup bertahan lama sebelum beli kasut baru. Memang seorang yang bijak berbelanja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *