Hari Pertama Iffat Ke Rumah Pengasuh.

Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama Daiyan Iffat ke rumah pengasuh. Persediaan awal sebelum mamanya mula bekerja hujung bulan nanti. Walaupun agak awal dan mamanya rasa sedih sedikit tetap kena kuatkan semangat supaya Iffat juga mampu sesuaikan diri.

Seperti anak-anak sebelum ini memang kami agih-agihkan tugas hantar dan ambil anak sebab beberapa perkara perlu dipertimbangkan demi kelancaran perjalanan awal pagi. Selepas ini aku akan hantar Iffat ke rumah pengasuh dan abang Aqil ke sekolah Pasti manakala abang Haq ke prasekolah dihantar oleh mama.

Sebelah petang hanya aku yang akan ambil semua anak-anak selepas habis waktu bekerja kerana mamanya bekerja di luar daerah.

Semoga anak-anak Mama dan Papa dilindungi oleh-Nya dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik. Hanya pada-Mu kami berserah dan memohon perlindungan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. InsyaAllah semoga anak2 tuan membesar dgn sihat dan dilindungi-Nya

  2. PV says:

    cheewahhh comel

  3. Comelnye Daiyan Iffat :* <3

  4. Home Tutor says:

    Semoga anak2 tuan membesar dengan sihat & kuat. Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *