Hanya Kerana Kepingan Besi Di Atas Jalanraya.

Minggu lepas penutup bulan Februari 2018 kami diuji lagi, kali ini kereta Axia yang dipandu isteriku terlibat di dalam kemalangan kecil yang mana tidak melibatkan pihak ketiga tapi hanya kerana kepingan besi di atas jalanraya. Disyaki kepingan besi itu jatuh dari lori, kereta di hadapannya sempat mengelak tapi isteriku tidak sempat maka terlanggarlah ia.

Beberapa bahagian hadapan kereta alami kerosakan antaranya ialah bumper kemek, komponen besi bawah radiator bengkok dan juga ekzos bengkok.

Ekzos yang bengkok memberi kesan paling ketara iaitu gegaran pada enjin, stering dan kotak gear. Ini adalah disebabkan ekzos bengkok dan menyentuh badan bawah kereta dan getaran ekzos menghasilkan gegaran tersebut.

Hasil pemeriksaan Pusat Servis Perodua Mentakab mereka mencadangkan beberapa bahagian ditukar namun setelah tengok harga barang yang dicadangkan itu rasa nak pengsan. Nasib baik mekanik cadangkan ke kedai ekzos untuk betulkan ekzos dulu.

Bila ke kedai ekzos uncle cina ini kata bukan masalah besar, hanya bakar semula ekzos tersebut dan betulkan bahagian bengkok tersebut. Upah hanya RM40.00 sahaja berbanding tukar ekzos baru semuanya kalau ikut cadangan pusat servis.

Namun begitu aku tiada pilihan lain kerana besi yang berada di bawah radiator perlu diganti baru jadi tempah itu sahaja dari pusat servis. Harga barang termasuk upah pasang RM154.60 (termasuk GST).

Keesokan harinya pusat servis hubungi aku dan nyatakan barang sudah sampai boleh tukar tapi aku rasa tak sempat untuk pergi pada hari sama. Minta jasa baik mereka untuk isikan slot untuk aku keesokan harinya. Siap diganti baru tidak sampai 1 jam.

Pada hari Sabtu aku meronda ke kawasan industri untuk mencari bengkel yang boleh betulkan kemek pada bumper tersebut. Jumpa uncle cina ini dia boleh buatkan pada kadar upah RM40.00 sahaja dan tanpa fikir banyak aku bersetuju. Kurang sejam siap diperbaiki kemek tersebut, tidaklah dapat secantik asal namun cukup keredakan mata yang sakit tengok kemek tersebut.

Alhamdulillah selesai baik pulih kecil untuk kereta Axia ini. Waktu kena bijak berbelanja ini kita mesti cari pilihan terbaik untuk berjimat. Kami suami isteri dah merancang hendak ke Kuala Lumpur untuk cari bumper baru kerana sudah jumpa kedai jual murah dari harga pusat servis peridua.

Lega, syukur.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Innalilllah di atas ujian ni. saya pun pernah kena macam ni,kepingan besi jatuh dari lori. naik myvi masa tu, pecah bumper. Nak jimat pegi kedai potong cari bumper 2nd hand saje.

  2. Home Tuition says:

    Banyaknya kos kena keluarkan jika ikut cadangan pusat servis. Bijak tn kerana survey dulu dengan bengkel. Alhamdulillah dapat jimat banyak 🙂

  3. Amir Eusoff says:

    sabar la saudara.. lumrah hidup

  4. semakkini says:

    Hanya kerana kepingan besi banyak duit keluar. Pesanan kepada semua penguna jalan raya, hati-hati di jalan raya.

  5. Bajuspot says:

    Banyak orang yang tidak bertmbangrasa semasa pakai jalan. Ada yang sengaja letak kepingan besi di atas jalan. Memang busuk hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.